LOST WORLD KENONG
Taman
Rimba Kenong, terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang dan bersempadan dengan
Taman Negara Pahang di bahagian timur dan selatan. Hutan Hujan Tropika yang
berkeluasan 16,000 hektar persegi ini menempatkan salah satu Hutan Hujan tertua
di dunia jenis hutan dipterokarpa bukit., berusia 130juta tahun.
Taman
Rimba Kenong menempatkan puluhan gua batu kapur yang berusia melebihi 200juta
tahun. Air sungai yang mengalir jernih, kepelbagaian bio, dan pemandangan
gunung batu kapur menghiasi landskap sekitar taman tropika ini.
Selami
dan nikmati ketenangan taman ini serta bebaskan diri anda dari belenggu
kesibukan kota. Hayati kepelbagaian keajaiban alam semula jadi seperti gua batu
kapur yang menarik, air terjun yang menenangkan dan rimba yang kaya dengan
flora dan fauna.
SEJARAH TAMAN
RIMBA KENONG
Nama
Taman Rimba Kenong diambil sempena nama sungai kenong yang mengalir sepanjang
Taman Rimba Kenong. Nama kenong itu sendiri berasal dari bahasa melayu Pahang.
Perkataan asal adalah “Ke Nun” yang bermaksud jauh di sana, disebabkan
peredaran masa perkataan “Ke Nun” telah berubah secara sendirinya menjadi
Kenong.
Taman
Rimba Kenong merupakan tempat tinggal manusia purba kerana mempunyai banyak
lubang gua dan berdekatan dengan sumber air. Tambahan pula, Taman Rimba Kenong
merupakan habitat bagi pelbagai jenis binatang yang menjadi sumber protein
manusia primitif.
Kenong
dijumpai oleh penduduk tempatan yang datang untuk memburu dan mencari hasil
hutan seperti rotan dan gaharu. Kenong juga merupakan tempat tinggal Orang Asli
yang menjadi penghuni tetap hutan hujan.
GUNUNG KESONG
Gunung
Kesong terbentuk melebihi 200juta tahun dan terhasil daripada binaan batu
kapur, iamenjadi habitat untuk unggas-unggas berteduh. Gunung Kesong
berketinggian 334 meter dari paras laut dan keseluruhan gunung adalah batu
kapur. Ia merupakan salah satu lokasi Rock
Climbing yang menarik.
Sekeliling
Gunung Kesong ,gua-gua terbentuk di dalamnya hasil dari pelrutan air bawah
tanah. Pembentukannya mengambil masa yang teramat lama melampaui ratusan juta
tahun. Batuan batu kapur adalah batuan yang amat keras sifatnya namun mudah
terlarut dan terurai disebabkan air hujan. Gunung ini adalah sejenis batuan
sedimen yang terbentuk oleh mendapan dan perlarutan bahan berkabonatdi kawasan
marin purba melalui proses biokimia.
Antara
gua yang terdapat di Gunung Kesong adalah Gua Harimau, Gua Hijau, Gua buta, Gua
patung, dan Gua Gajah. Setiap gua mempunyai keunikannya sendiri. Gunung Kesong
menjadi habitat pelbagai flora dan fauna.
GUA BUTA
Gua
Buta merupakan salah satu gua yang terdapat di dalam perut Gunung Kesong.
Perjalanan di dalam Gua Buta sepanjang 300meter merupakan Gua paling dalam dan
panjang di Taman Rimba Kenong. Terdapat pelbagai struktur formasi batuan yang
menarik. Formasi Batuan terbentuk oleh penguraian batuan sedimen disebabkan air
hujan. Gua ini merupakan habitat untuk kelawar, ular, katak dan
serangga-serangga yang unik.
Nama
Gua Buta diberi kerana sesiapa saja yang memasuki gua ini seolah-olah menjadi
buta kerana gua ini sangat gelap, hanya untuk beberapa ketika cayaha matahari
memasuki perut gua melalui lubang-lubang gua yang adapada dinding gua..
GUA BATU TINGGI
Gua
Batu Tinggi terletak di atas Sungai Kenong, air sungai yang jernih mengalir di
bawah gua menjadikan gua ini sebuah gua yang unik dan menarik. Batuan yang
terhakis oleh air sungai itu membentuk seperti sebuah sampan tebuk. Sungai
Kenong mengalir deras menerusi gua ini.Masyarakat tempatan mempunyai cerita
dongeng mengenai gua ini di mana menurut mereka gua ini dahulunya terbentuk
apabila sebuah sampan yang membawa pengutus Raja dari Pekan bertukar menjadi
batu. Gua ini terletak di aras antara 122 hingga 152 meter dari paras laut.Di
sini, anda boleh menemui pelbagai jenis tumbuhan liar termasuk berjenis-jenis
bunga orkid, pokok ara dan epiphytes. Gua ini juga menjadi habitat kepada unggas-unggas.
Cara yang paling terbaik untuk menerokai gua ini adalah dengan menggunakan
sampan.
GUA HARIMAU
Gua
Harimau mengambil masa sekitar 15minit jungle
tracking dari Basecamp Gunung
Kesong. Keistimewaan gua ini adalah formasi batuan yang membentuk seperti
harimau, buaya dan muka manusia. Mitos Sang Kelembai yang menyulubungi gua ini
menjadikannya unik dengan cara tersendiri. Gua Harimau pada ketika dahulu
merupakan tempat kediaman bagi harimau belang yang selalu kelihatan berkeliaran
di sekitar gua. Peredaran zaman , pemburu haram dan pembangunanmenyebabkan
kepupusan harimau ini sekaligus melenyapkan mereka dari gua ini. Gua ini
menjadi habitat bagi sekumpulan kelawar.
GUA HIJAU
Gua
Hijau adalah salah satu gua yang terdapat di dalam bukit batu kapur, Gunung
Kesong. Nama gua ini diberi berdasarkan pembentukan lumut yang meyeleputi
dinding gua lalu menyebabkan dinding gua menjadi warna hijau. Ekosistem gua ini
tidaklah bergitu kompleks, kerana gua ini hanya menjadi habitat kepada kelawar
dan beberapa spesis serangga. Keunikkan gua ini adalah kerana ia terletak di
atas Sungai Kesong, pengunjung perlu melepasi sebuah jambatan gantung untuk ke
gua ini.
GUA PURBA
Pada
penghujung tahun 2013, sebuah gua batu kapur yang baru telah dijumpai dan
diterokai. Gua baru ini mempunyai beberapa lukisan purba dan artifak tembikar
pecah. Gua yang unik ini terletak di tengah Bukit Purba, memerlukan pengunjung
untuk mendaki ke pintu gua. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semulajadi
dan bunyi kicauan burung sepanjang perjalanan dari Basecamp ke Gua Purba yang
mengambil masa selama sejam. Menambahankan lagi keunikan Gua Purba ini, para
pengunjung bakal melihat salah satu keajaiban alam semulajadi di sini, sebatang
pokok ara yang dililiti akarnya sendiri selain permandangan hutan hujan yang
mengujakan dari puncak Bukit Purba.
RAMBAI
HUTAN (MENTAHUN)
Pokok
Rambai Hutan ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang
berasal dari Asia Tropika, dan Australia. Nama botaninya Baccaurea kunstleri.
Terdapat pelbagai spesis rambai hutan ini, antaranya Rambai Mentahun. Rambai
Mentahun boleh didapati di sekitar kawasan chalet penginapan dan café Taman
Rimba Kenong. Bentuknya yang bulat dan berwarna kekuningan apabila sudah
masak.Bedasarkan namanya buah Rambai Mentahun memerlukan masa selama setahun
untuk masak sepenuhnya.
KELAWAR
Salah
satu tarikan di Taman Rimba Kenong adalah kelawar, kebanyakkan gua batu kapur
di Taman Rimba Kenong mempunyai kelawar yang mendiami gua. Kelawar merupakan
spesis mamalia yang menarik kerana mampu melihat di dalam keadaan yang gelap.
Kelawar adalah daripada susunan Chiroptera.
Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang dalam sub-susunan Megachiroptera,
dan kelawar dalam sub-susunan Microchiroptera. Keistimewaan kelawar di Taman
Rimba Kenong adalah kerana anda boleh melihat mereka dalam jarak yang dekat.
LABAH KALA JENGKING (AMBLYPYGY)
Labah
Kala Jengking atau Kala cemeti adalah dari spesis haiwan invertebrata yang tergolong
dalam kelas Arachnida, dalam sub-filum Chelicerata dan filum Arthropoda. Nama
"amblypygid" adalah bahasa latin yang bermaksud "punggung
tumpul", kerana ketiadaan flagelumnya (ekor). Mereka tidak berbahaya
kepada manusia. Amblypygids tidak memiliki kelenjar sutera atau taring berbisa.
Mereka hanya menggigit jika terasa terancam. Amblypygy boleh di temui di dalam
gua sekitar Taman Rimba Kenong. Gua Buta dan Gua Harimau adalah gua yang
menjadi tumpuan Amblypygy ini.
POKOK TUALANG
Antara
Pokok yang paling tinggi terdapat di Taman Rimba Kenong adalah Pokok Tualang. Pokok
Tualang adalah sejenis pokok saka yang terdapat di hutan Malaysia. Nama
botaninya Koompassia excels. Pokok Tualang merupakan spesies pokok hutan hujan
tropika dalam keluarga Fabaceae. Ia merupakan salah satu spesies pokok tropika
tertinggi. Tualang mempunyai dahan atas kanopi (sekitar 30 m atau 100 kaki) dan
memiliki kulit batang yang licin, yang menarik minat lebah madu gergasi Apis
dorsata yang membuat sarang besar mereka dari dahannya. Lebah-lebah tersebut
melindungi pokok tersebut dari pembalak, kerana nilai madu adalah lebih tinggi
berbanding kayu balak.
Askum.
ReplyDeleteSungguh menarik. Bagaimana kalau saya ingin lawat tempat ini? Bolehkah pihak pengurusan berikan maklumat tertentu.
Syukran.
Rosnah Aziz
Seremban
Askum.
ReplyDeleteSungguh menarik. Bagaimana kalau saya ingin lawat tempat ini? Bolehkah pihak pengurusan berikan maklumat tertentu.
Syukran.
Rosnah Aziz
Seremban
cik boleh menghubungi en. ariff zakaria.... boleh cari di trip advisor bahagia komen
ReplyDelete